Tuesday, 3 September 2013

Dia Dalam Hidupku

Dia hadir dalam hidupku
Ketika aku rasa kehilangan
Ketika aku dibuai rasa kesunyian
Ketika aku dihanyak rasa kekosongan

Hadirnya tidak pernah ku bayangi
Yang ku tahu, aku hanya mengadu
Kepada Sang Pencintaku
Bahawa aku tidak mahu sendiri
Aku mahu kekuatan
Aku mahu merasai nikmat berjuang


Disaat aku tangisi keperitanku dalam berjuang
Aku lupa bahawa orang lain lebih perit 
kehidupannya,
Bahkan perjuangannya lebih dahsyat dariku
Disaat aku sedih akan keputusan peperiksaanku
Aku lupa bahawa ada orang yang tidak langsung 
punya peluang untuk menimba ilmu
Disaat aku kealpaan dibuai angan-angan
Aku lupa bahawa aku akan dipersoalkan tentang 
masa mudaku

Allahu Rabbi...
Aku tangisi lagi nasib diri
Jauh sekali aku berbanding mereka
Dengan semangat juangku yang kian sirna
Aku merasa tiada siapa yang bisa fahami 
kesusahanku
Kerana mereka tidak berada di tempatku
Mereka hanya tahu berbicara
Mereka hanya tahu memberi nasihat
Yang kadangkala ku rasa tidak praktikal 

Namun DIA tidak jemu
Tetap hadir dalam diriku
Memberi kekuatan kepadaku
Dia katakan kepadaku
Andai air mataku selalu turun di hadapan 
Khaliq
Maka diriku akan menjadi kuat
Berhadapan dengan makhluk-Nya
Aku pegang kata-kata itu
Aku lalui hari demi hari
Dengan kekuatan luar biasa
Tanpa rasa gentar
Ku gagahi setiap langkahku
Ku orak langkah agar lebih jauh

Aku harap DIA akan sentiasa bersamaku
Hingga nafasku yang terakhir
Moga akhir hayatku dalam HUSNUL KHATIMAH
Moga aku dapat bersama orang-orang soleh
Di Syurga sana
Merasai nikmat air dari telaga Kautsar

Terima kasih Wahai Allah
Kerana Engkau hadirkan DIA
DIAlah Sang Iman yang membantuku memerangi 
nafsu jahat
Tanpa DIA, pasti aku sudah lama mati
Mati dari jalan dakwah
Mati dari jalan perjuangan
Dan tergolong dari golongan yang tercicir
Na'uzubillahu min zalik

Semoga catatan ini bermakna buat kalian yang kian jauh dari jalan juang... Kadangkala pasti akan ada pasang & surut dalam berjuang. Namun, andai tak diubati akan menjadi virus dan merebak sehingga semangat juang & dakwah menjadi busuk.. Akhir kalam, selamat berjuang! (^^,)

No comments:

Post a Comment