Thursday, 1 August 2013

Yup! I'm In Love.. So What?

Assalamu'alaikum w.b.t

Mutakhir ini, kerap kali aku membuat status & cover photo di FB pun b'unsur CINTA... Mungkin ada yang menyangka, hatiku telah berpunya... Aku sudah jatuh cinta barangkali.. Biasalah, usikan nakal sedemikian.. Namun, aku tidak mudah melatah.. Akan ku jawab dalam blog ku yg indah ini...

WHAT IS LOVE?

Yeah! What is love? Ramai yg mengungkap cinta namun siapalah yg tahu apakah sebenarnya cinta.. Sometimes, u can't even describe what love is.. Love is something yg pure. SUCI. Bukan cinta nafsu sebagaimana yg diomokkon kpd kita hari ini. Kita didedahkan oleh media, cinta itu adalah yg berunsur seks, perlukan sentuhan & sebagainya. Adakah perkara yg KOTOR seperti itu layak diAGUNGkan sebagaimana anak muda sekarang mengagungkannya? Allahu rabbi... Jauhkan hamba dr fitnah seperti ini. 


Seorang pembesar sufi Syeikh Jalaluddin Ar-Rumi berucap:
"Sesungguhnya cinta dpt mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman, kepedihan menjadi kenikmatan, tekanan menjadi rahmat. Ia juga dapat melunakkan besi, meleburkan batu, membangkitkan kematian dan menghembuskan kehidupan"
That is how great LOVE is! Namun, siapakah selayaknya yg kita cintakan utk dapat kuasa cinta seperti ini? Tidak lain, HANYALAH ALLAH... (^^,)

CINTA PELBAGAI

Yup! Dalam hidup ini, kita akan merasa pelbagai jenis cinta. Sejak kita dilahirkan hinggalah kita sedewasa ini. Cinta kepada diri sendiri, cinta kepada sahabat, cinta kepada lawan jenis, cinta berahi, cinta suami isteri, cinta ibu bapa, cinta kepada Allah & Rasul-Nya. Jadi, jangan salah sangka dgn status ku. Yup, I'm in love. I'm in love with my friends. My beloved friends. Aku seorang yg cintakan sahabat. Ayat-ayat cintaku adalah untuk mengingatkan sahabatku bagaimana caranya untuk kamu mengurus cintamu kpd ajnabi. Kerna ramai dalam kalangan sahabatku yg hatinya telah dicuri oleh makhluk yg tidak sepatutnya. Aku ingin bantu mereka. Janganlah kalian cepat menghukum! 

APA HUKUM CINTA? HALAL ATAU HARAM?


Mafhum hadith ini semakin jelas kepada kita bahawa hukum cinta kepada lawan jenis adalah:
  • Halal, jika objeknya cinta halal seperti cinta suami kepada isteri, cinta isteri kepada suami, cinta peminang kepada pinangannya atau sebaliknya (dalam batas syariat).
  • Haram, jika objeknya cinta haram seperti cinta berahi syahwani, hubungan intim di luar pernikahan, hubungan kekasih & cinta bebas yg cenderung kepada berbuat zina.
Imam Ibnul Qayyim menegaskan bahawa hubungan intim di luar pernikahan adalah HARAM bahkan merosakkan cinta itu sendiri. Perhubungan antara pemuda & pemudi tanpa ikatan apa-apa itu tidak mengapa jika tidak diikuti dgn keinginan buruk pasangan kekasih. Namun mencegah itu lebih baik dari merawat! Andai perhubungan itu diikuti dgn pandang-pandangan syahwat, surat-menyurat cinta, berbual-bual secara langsung atau dgn telefon dan seterusnya hingga membawa kepada perkara haram, maka hukumnya HARAM!

CINTA ITU FITRAH

Maksudnya: "Maka hadapkanlah wajahmu dgn lurus kpd agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yg telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yg lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Ar-Ruum: 30]

Islam itu agama fitrah. Kedatangan Islam bukanlah mengharamkan atau melarang segala kehendak manusia. Kedatangan Islam tidak lain hanyalah memberi panduan lengkap kepada manusia, agar yang hina menjadi mulia, yang jijik menjadi suci. Begitu juga dengan CINTA berlainan jantina. Ianya hanya guidance @ law yg Allah tetapkan. Seperti jalan raya, andai tiada undang-undang kita akan berbuat sesuka hati & kesannya huru-haralah  negara. Cinta ini andai tiada guidance, maka berlakulah kejadian zina & kesannya ramai bayi hasil zina dibuang di sana sini. Wal-iyadzubillah... 

TAHANLAH CINTAMU


Wahai sahabatku, cinta makhluk MURAH tidak perlu kita tagih. Tahanlah dirimu, agar kita peroleh cinta yang MAHAL. Yakinlah, andai kau cintakan Allah, Allah akan datangkan jodoh yg sesuai buat dirimu mungkin di dunia atau di syurga sana. Andai telah kau temui org yg tulus mencintaimu, balikkanlah kepada-Nya. Kau juga layak mencintainya dengan syarat kau uruskan perasaan itu dgn sebaiknya jgn sampai mengundang cemburu-Nya. Dibenarkan untukmu memutikkan cinta, namun biarlah kemuncak cinta itu dirasai selepas pernikahan. InsyaAllah akan lebih MANIS. Semanis MADU dambaan KUMBANG agama. 

~Sincerely me~
.:Pendamba Cinta Sang Pencinta:.
Rujukan: Menyulam Cinta Menuju Gerbang Pernikahan (Syeikh Rohimuddin), Lecture UFS


No comments:

Post a Comment