Tuesday, 2 July 2013

Sahabatku Stress?

Assalamu'alaikum WBT... 

Posting kali ini (public health) banyak sgt masa t'luang sehingga x tau nak buat apa.. Aku tengok lappy ni pn mcm nak lempang.. Huhu.. Teruk sungguh! >,< Dalam kebosanan ini, aku buatkan sedikit kad comel tuk adik-adik yg sedang duduki exam... Moga Allah permudahkan urusan adik-adikku... Ameeen... 

Inilah kad comel tu! Huhu.. Memberi kata semangat adalah favourite ku... Ececece... (^^,)
Semalam seorang sahabatku b'kata: "Stresssnyaaaa!!!&%&$$"
Huhu... Itu perkataan biasa yg diperkatakan oleh pelajar medik... I smiled! Untuk tenangkan jiwa, sahabatku minta izin untuk solat maghrib jemaah dalam bilikku.. Huhu.. Lalu, kami pun solat b'3 dlm bilik yg comel ni.. Huhu.. Alhamdulillah muat jugak rupanya... Hehe... 


Aku jadi imamah... Seusai solat, kami baca al-ma'thurat together... Sweet sgt rasa masa tu! Pada mulanya aku nak baca Quran seperti kebiasaannya, namun apabila melihatkan sahabatku yg seorang ini seperti ayam berak kapur, cacing kepanasan dll peribahasa la x sampai hati pula... Maka, aku amik tindakan utk memberi sedikit pengisian... Huhu... [Even x pandai mana pun]... Ku harap sahabatku menjadi tenang sedikit... Maka aku kongsikan ini....

Surah Al-An'am: 59 Maksudnya; "Dan kunci-kunci semua yg ghaib ada pada-Nya, tidak ada yg mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yg ada di darat & di laut. Tidak ada sehelai daun pun yg gugur yg tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah atau yg kering, yg tidak tertulis dalam kitab yg nyata (Lauh Mahfuz)."
Andai di"tadabbur" ayat ini sedalamnya, tiada apa lagi yg perlu kita resahkan. Tidak akan timbul dalam jiwa kita perasaan sedih andai tidak dapat cinta manusia, andai tidak dapat perhatian dari manusia yg lain [cth; nak dapatkan perhatian lecturer agar jadi fav student, atau nak perhatian boss so dat mudah nak naik pangkat]. Kerna kita yakin segala-galaNya di bawah pengetahuan Allah! Bagaimana mungkin Allah meminggirkan kita atau terlupa utk memberi sesuatu kepada kita sedangkan tidak ada sehelai daun pun yg gugur yg tidak Dia ketahui? Subhanallah!! Allah Maha Teliti! Yakin itu sahabat... 

Aku Depress Sebab Ada Presentation!

Ramai dari kalangan pelajar akan merasai perkara ini... Bila nak buat presentation mesti nervous... That's normal! Dan sgt bagus utk ada perasaan tu sebab kita ada target utk buat yg terbaik! Namun ada yg sampai depress disebabkan memikirkan bahawa diri tidak mampu mencapai tahap yg diinginkan pensyarah atau expectation org lain! Babe, semua yg kita buat ni b'dasarkan niat! Ingat tu! Mengapa jadi depress macam tu? Sebab kita nak raih pujian org! Sebab kita nak org pandang kita hebat! Sebab kita nak org nampak kelebihan kita! Semua sebab manusia!!! Apa kata kita ubah niat kita... Matlamatnya sama iaitu kita nak buat yg terbaik! Namun, yg mengubahnya adalah dgn niat! Niatkan dalam hati kita, "Ya Allah, hari ni aku nak buat presentation. Aku tidak inginkan pujian manusia namun apa yg aku inginkan adalah utk menyampaikan ilmu-Mu even sedikit. Maka jadikanlah lisanku ini mudah difahami." InsyaAllah akan jadi lebih smooth urusan itu, hati puas & org lain juga mendapat manfaat! (^^,)

Letakkanlah Dunia Di Tanganmu!



Kadang-kadang kita tidak sedar, kita telah meletakkan dunia di hati sehingga dunia itu melekat di hati, maka jadilah ia suatu penyakit yg dinamakan "Al-Wahn". Tidak bolehkah aku memiliki dunia? Boleh! Boleh sangat, namun biarlah dunia dijadikan jambatan ke negeri abadi iaitu "AKHIRAT"! Hidup kita bukan berakhir di dunia... Apa yg kita perolehi di dunia ini akan dibawa ke dunia satu lagi... Kalau nak jadi kaya, jangan dilupa akan haqnya (menderma/zakat)... Kalau nak jadi bijak, jangan dilupa akan haqnya (mengajarkannya kpd org lain)... Kalau nak jadi apa-apa sekalipun, jadilah! Namun ingat akan haqnya! Kerna Allah mengajar kita agar dunia itu perlu diletakkan di tangan, supaya mudah kita lepaskan... Hati tidak akan rasa berat meninggalkan dunia & seisinya, kerna kita yakin apa yg Allah miliki itu melebihi dunia & seisinya... (^^,)

Demikianlah pengisian semalam... Walau simple, aku harap ianya memberi manfaat! Aku hanya ingin menjadi sahabat yg dapat mengingatkan sahabatku kpd Allah even perangai aku kkdg gila! Hopefully, p'sahabatan ini membawa kami ke jannah-Mu Ya Allah... Ameeenn... 

No comments:

Post a Comment