Sunday, 6 January 2013

Bersungguhlah Menuntut Ilmu


"Bila kamu x tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.."

~Imam Asy-Syafi'e~


Apabila diri ini merenung kata-kata ini
Diri terasa gerun
Gerun untuk menanggung peritnya kebodohan
Andai diri terus merungut dek letih untuk belajar
Maka kebodohan akan menguasai diri

Aku mungkin berjaya mendapatkan ijazah kedoktoran
Namun apa yang aku ada hanyalah kebodohan
Maka rugilah aku
Tidak mendapat pahala merawat orang 
Melainkan aku akn dipertanggungjawabkan
Di akhirat kelak
Dek kerana kemalasanku dalam menimba ilmu
Lalu aku salah merawat manusia yg memerlukan
Sudahlah begitu, aku malah menambahkan lagi
Derita yg ditanggungnya

Pada ketika itu aku menangis sendirian
Aku disoal Allah 
Namun aku tiada alasan kukuh
Aku cuba membela diri
Namun tidak diterima
Ku merayu pulang ke dunia
Tuk memperbaiki kesilapanku
Namun semua itu hanya sia-sia
Kerna dunia yg telah ditinggalkan
Tidak mungkin untuk aku kembali lagi

...Ya Allah, semoga aku ini tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yg rugi.. Kuatkanlah diri ini dalam menimba ilmu. Jalan ini mungkin payah, namun teguhkanlah cita-cita ku. Engkau berhak terhadap ku, maka bantulah aku. Hanya Engkau sebaik-baik tempat bergantung...


_Luahan rasa bakal doktor_

No comments:

Post a Comment