Monday, 3 December 2012

Malang Memang Takde Bau

Orang kata "malang tak berbau"

Ada benarnya juga ungkapan tu, tak disangka-sangka semalam saya accident. Namun, bukan itu perkara yg saya ingin bincangkan pada hari ini. Selepas je saya accident semalam, saya dibawa ke A&E (wad kecemasan) dalam keadaan yg sgt lemah x b'maya. 


Org kata bila nak tengok camne prihatinnya sahabat-sahabat kt kita time kita sakit la. Saya sgt t'haru cz ramai sahabat yg sgt care. Hati kecil ini sgt t'sentuh. Huhu... (Touching) Msj masuk b'tubi-tubi nk tanya keadaan, ditambah lg dgn call. Saya x blh ckp sgt, so x mampu dh nak jawab panggilan masuk. Hebatnya aura ukhuwah Islamiyah. ^^,

Pada masa kejadian, saya sorang je. Pada waktu tu, ada seorang pakcik yg soleh telah membawa saya ke wad A&E. Alhamdulillah seorang insan yg jujur juga telah membawa motor saya ke hospital. Apa yg menariknya, pd saat saya accident sendirian ni sahabat saya boleh pula terdetik di hatinya untuk call saya. Ketika tu, saya di A&E dah. Alhamdulillah, semua benda berlaku dgn sgt cepat. Perangai saya pada hari kejadian pun pelik sikit. Tak tau la kenapa. Tapi mujurlah Allah kurniakan insan-insan penyayang di sekeliling saya. Di saat saya merasakan diri tidak disayangi, di saat itulah juga Allah membuktikan ramai rupanya insan yg sayang kt kita. 

Ada juga sahabat-sahabat yg hatinya x tenang b4 kejadian. Inilah ukhwah kn. Allah nak tunjuk kat saya je ni. Saya boleh kata ini adalah ujian yg menggembirakan hati saya. Huhu. Pelik betul. Teringat pula kata-kata dari Ustaz Zahazan ~ "Mereka yang tinggi darjatnya itu, semakin besar dugaan Allah ke atasnya, semakin tebal pula baik sangkanya kepada Allah..." Saya harap saya juga begitulah..

Pada hari kejadian, ada seorang pesakit meluahkan perasaan mengenai layanan dari doktor-doktor di hospital kerajaan & cerita itu memberi banyak pengajaran la juga kepada saya. Banyak juga nasihat yg pesakit tersebut berikan. Tup2, petang tu saya jadi pesakit. Huhu. Kelakar. 

Pagi tu, ada kelas dgn Dato' S sekejap kat bilik endoskop. Doktor tu ada la sebut ayat ni, "Seorang doktor yg baik tu, dia akan mengalami sendiri apa yg patient alami..." Ptg tu, sahabat saya sebut balik ayat ni. Huhu. Mungkin Allah nak jadikan saya seorang doktor yg baik di masa hadapan. Siapa tahu kan? Perancangan Allah lagi mahal... ^^,

Sekian saja coretan kali ini... Allahu ta'ala a'lam... ^^,

No comments:

Post a Comment