Monday, 12 November 2012

Cinta itu Ujian

Hati wanita itu ibarat benih... Janganlah dibajai & disirami andai tidak ingin menuainya...

Seandainya aku mampu kembali ke masa lampau, aku akan sedaya upaya menjauhi dirinya... 

Ya Allah, ampunkan aku atas keterlanjuran tingkah laku ku... Engkau sebaik-baik tempat aku b'gantung... Hanya kepada-Mu aku b'serah... (9.18 pm 8/11/2012)


Hati & perasaan itu ibarat air sungai yang mengalir. Walaupun cuba dihalang, alirannya tetap berterusan. Begitulah andaiannya apabila diri mula merasai kehadiran cinta. Jadi, janganlah kamu salah memilih cinta kelak kesakitannya kamu yg akan tanggung. Diri dilanda kekecewaan, hati tidak keruan. Namun semuanya hanya sia-sia. 

Hadiah itu tujuannya untuk menggembirakan hati orang t'tentu. Namun, janganlah kamu anggap semua hadiah itu mampu memberi memori indah, kerna kadangkala maksud hadiah itu bakal memberi kekecewaan kepadamu. 

Hidup ini penuh dengan tanda soal. Segalanya ada rahsia tersendiri. Janganlah kita suka beranggapan dengan rahsia hati kerna jikalau ianya tidak seperti yg kita inginkan, hati kan merana.

Ya Allah, aku mohon kekuatan dari-Mu atas segala ujian yang sedang aku lalui ini. Mungkin ini tarbiyah cinta dari-Mu. Aku diuji dengan cinta insani. Aku tahu ujian-Mu ini bakal menjadikan aku wanita yg kental jiwanya. Aku tahu Engkau sayang kepadaku. Aku tahu ada sesuatu yang hebat bakal aku terima.

Barangkali inilah ujian terhadap perubahanku. Semoga Dia merahmatiku & umat seluruhnya. 

Luahan Rasa Seorang Hamba

No comments:

Post a Comment