Thursday, 2 August 2012

Kehadiran Artis Di Pentas Politik


Mutakhir ini, memang ramai artis yg mula sedar dan telah berubah ke arah yg baik, mula menutup aurat lalu berdakwah mengajak peminat ke jalan yg benar. Tidak sampai di situ, mereka juga turut muncul secara terang-terangan di pentas politik. Hal ini telah menjadi buah mulut dari kalangan peminat dan pihak lawan.

Suka untuk saya kongsikan pendapat dari Ustaz Hasrizal seperti di bawah:-



Ketika berbondong-bondong artis mula menyedari akan peranan mereka dalam perjuangan Islam, ada dari kalangan mereka yg tidak berpuas hati mula mengatakan perkara-perkara yg tidak patut. Mula mencari kesalahan mereka. Mula membangkitkan masa lampau mereka.

Teringat saya apabila seorang dari sahabat saya bertanya kepada saya, “Sya, apa pendapat sya tengok ramai artis sekarang mula berubah seolah-olah macam dah jadi trend?”

Berikut pendapat saya:-

Pertama sekali, saya sangat bersyukur kerana ramai yg mula berubah. Tidak usah tengok yg jauh, tengok saja dari kalangan sahabat-sahabat saya sendiri. Ramai yg mula bertudung labuh, memakai sarung lengan, menutup aurat dengan sempurna. Adakah saya dengan senang hati boleh menuduh mereka berubah kerana nak ikut-ikut? Jika mereka tahu saya fikir begitu, pasti mereka kecewa. Begitu juga artis. Kita hanya nampak tiba-tiba ramai dari kalangan artis ini berubah hanya kerana mereka artis. Mereka adalah golongan yg menyerlah. Kita jangan berprasangka, tetapi kita sepatutnya terus mendoakan agar mereka akan terus istiqamah dengan perubahan tersebut. Dan boleh jadi mereka yg baru berubah itu lebih baik dari kita yg sibuk saja nak berprasangka.

Yg keduanya, ramai dari kalangan artis mula muncul dalam pentas politik. Saya sangat suka apabila Ustaz Hasrizal memberikan hujah yg sangat bernas. Golongan artis bukanlah golongan yg boleh diperalatkan yg mana mereka dijadikan alat untuk memenangi PRU oleh sesebuah parti. Sedangkan mereka ini adalah golongan yg sedar akan peranan mereka. Mereka tahu mana yg patut mereka pilih. Seperti yg saya kata, hanya kerana mereka artis mereka menyerlah. Itu saja. Kalau kita ikut dalam sesebuah parti tidak pula jadi buah mulut kerana kita bukan artis. Lagipun, ini hak masing-masing lah nak ikut parti mana yg mereka suka. Siapa kita untuk mengkritik?

Ada juga dari kalangan artis yg sudah berubah, bertudung tetapi tidak minat untuk berpolitik. Itu juga hak mereka. Ada yg beralasan bahawa politik itu bukan agama. Izinkan saya memberi komen terhadap pendapat ini. Mengapa kita perlu memisahkan politik dengan agama? Adakah benar politik itu bukan sebahagian dari agama? Saya ingin bertanya, apa salah satu ciri-ciri Islam yg anda tahu? Saya suka untuk ketengahkan ciri-ciri Islam yg luas diperkatakan iaitu SYUMUL. Apabila kita membincangkan bahawa Islam itu SYUMUL, maka ianya menyeluruh, merangkupi seluruh aspek kehidupan kita. Adakah politik bukan sebahagian dari kehidupan kita? Fikir-fikirkanlah. Semoga kita sama-sama dapat memperbaharui iman kita dengan kalimah syahadah & kritiklah diri sendiri dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain. Allahu ta’ala a’lam... Salam Ramadhan..(^^,)

No comments:

Post a Comment