Monday, 28 May 2012

Menuntut Ilmu Dgn Barakah


Alhamdulillah, baru sahaja menjalani EOM for CNS (sort of exam). Sepanjang saya cuba mendalami ilmu mengenai human central nervous system banyak benda yg saya dapat ambil sebagai pengajaran kepada diri sendiri. Sepanjang module ini, saya cuba mencari apakah tujuan utama saya mendalami ilmu perubatan ini? Kenapa walau dh hampir 2 tahun saya dalam bidang ini saya tidak dapat kuasai ilmu ini? Mengapa & mengapa? Begitu banyak persoalan yang timbul namun tiada jawapan yang diketemu... Sehinggalah saya terbaca buku yang sangat menusuk qalbu saya iaitu:
1.       “Martabat Ilmu & Ulama’” oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang telah diterjemah kepada bahasa Melayu.
2.       “How To Become A Good & Successful Medical Student” oleh Prof. Dr. Muhaya Hj Mohamad.
3.       Juga artikel mengenai Tokoh Perubatan & Ulama’ terkenal Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusry Rushdi As-Sayyi Jabr Al-Hasani.
Buku-buku ini memberikan panduan & jawapan yg lengkap dalam kehidupan saya sebagai seorang penuntut ilmu. Dapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu, InsyaAllah akan bertambah kefahaman... Justeru itu, ingin saya ketengahkan adab-adab dalam menuntut ilmu...

Iqra' bismirabbikal lazi khalaq!


ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU

A.  Mempunyai niat yg ikhlas kerana Allah Taala

Syeikh Nuruddin b’pesan, pertama sekali penuntut ilmu hendaklah b’niat m’cari keredhaan Allah, kejayaan akhirat, menghilangkan kejahilan daripada dirinya, menghidupkan agama & untuk mengenali tuntutan2 syariat-Nya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “setiap amalan itu disertakan dengan niat, maka dia akan peroleh apa yg dia niatkan.”

“One should study to know & not to pass only. If u only study to pass, u may pass but u’r likely to forget the facts. However, if u study to know, u’ll gain knowledge, pass the exam & still remember the facts.” – Dr. Muhaya

Abu Uthman b’kata, “Ikhlas adalah melupakan pandangan kepada makhluk dgn sentiasa melihat kpd penciptanya”

Syeikh Yusry ada mengutarakan bahawa perlu bagi kita pelajar perubatan mendalami ilmu ini sehingga menjadi pakar, kerana setiap keputusan yg akan kita ambil untuk treat patient kelak akan dipersoal di akhirat seandainya ada treatment yg jauh lebih baik.

B. Meyibukkan diri dgn m’bersihkan zahir & batin drpd sebarang perkara yg b’lawanan syariat.

Syeikh Nuruddin ada menyatakan bahawa sebagai seorang penuntut ilmu wajib b’etika dgn akhlak2 yg baik yg dituntut syarak, m’hiasi diri dgn sunnah2 Rasul. Zuhud dr kepentingan dunia. Brgsiapa yg m’ambil ringan perkara2 adab, akn t’halang dr m’amalkan sunnah, brgsiapa m’ambil ringan amalan sunnah, akn t‘halang dr perkara fardu, brgsiapa m’ambil ringan soal fardu akn t’halang dr kejayaan akhirat.

C.  Melihat guru dgn pandangan penghormatan & memuliakannya.

Penuntut ilmu hendaklah memandang guru dgn penuh penghormatan, meyakini kebolehannya, menjaga hak2nya & sungguh2 m’hormatinya agar mudah mengambil manfaat darinya & mantapkan ilmu yg didengarnya dr gurunya.

Saya sangat kagum apabila mendengarkan kisah Imam Syafie ini:
“Apabila aku membuka helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku buka dgn perlahan2 kerana aku gerun kepadanya, takut2 dia mendengar bunyi kertas itu.”
Gerun yg dimaksudkan oleh Imam Syafie adalah sebagai tanda hormat yg sangat tinggi kepada gurunya yg mengajarkan ilmu kepadanya. 

Terdapat sebuah lagi kisah yang turut saya kagumi iaitu:

Imam Ar-Rabi’ b’kata: “Demi Allah! Aku tidak berani meneguk air sedangkan guruku, Imam As-Syafie melihat kepadaku. Hal ini kerana aku berasa gerun kepadanya.”
Subhanallah, begitu dahsyat umat2 dahulu memuliakan guru mereka. Jika ingin dibandingkan zaman ini, bukan sahaja pelajar tidak gerun kepada guru mereka, malah dikutuk, diumpat & dicaci apabila dibelakang guru mereka. Yg lebih hebat, dibuka pula aib gurunya. Masakan ilmu itu akan menjadi berkat? Tidak malukah kita mengambil sesuatu dr org yg kita ceritakan keburukan dirinya?

Setakat itu sahaja perkongsian setakat ini, siri ini akan disambung insyaAllah, seandainya ada kesempatan waktu. Semoga kita sentiasa memelihara adab-adab dalam belajar agar terpelihara ilmu di dada. Selamat menuntut ilmu! (^^,)

Rujukan : Martabat Ilmu & Ulama' - Syeikh Nuruddin, How To Become A Good & Successful Medical Student. 

P/S: Milikilah buku-buku diatas! Good guidance for those who sincerely want  to gain knowledge and get blessing from Him.. =) 
  


No comments:

Post a Comment