Wednesday, 9 May 2012

Berubahlah...


Kebelakangan ni saya melihat begitu ramai manusia yg mula berjinak-jinak untuk mendalami islam bagaikan cendawan yg tumbuh selepas hujan.
Alhamdulillah, semoga Allah beri kekuatan buat mereka untuk terus istiqamah pada jalan-Nya. Tiba-tiba timbul dalam hati saya perasaan cemburu kepada mereka kerana mereka yg mula kembali kepada jalan Allah ni hatinya begitu suci & murni. Ibarat bayi yg baru dilahirkan semula. Begitu merendah diri, lantaran itu mereka akan berusaha mempertingkatkan ilmu di dada. Begitu berhikmah dalam berkata-kata kerana merasakan diri mereka sebelum ini hanya memperkatakan perkara yg sia-sia. Gelak ketawanya dikawal kerana merasakan diri sebelum ini terlalu banyak bersuka-ria sehingga membuat hati mereka gelap. Subhanallah! Alangkah cemburunya saya akan mereka.

Berbeza dengan kita yg sudah lama mendalami ilmu ini. Kadang-kadang saya merasakan diri ini terlalu jauh dari-Nya. Ilmu itu bukan sekadar di dada, namun perlu diamalkan. Saya mula merasa gerun apabila mendengar sepotong ayat dari bibir syaikhuna al-muhtaram al-fadhil syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari berkata:
“Orang yg pertama akan dijilat oleh api neraka kelak bukanlah dari kalangan usahawan, artis dan sebagainya. Tetapi mereka adalah golongan yang belajar, mendalami ilmu tetapi tidak diamalkan”
MasyaAllah... Tabarakallah... Na’uzubillahuminzalik... Takut sekali seandainya diri ini tergolong dalam kalangan itu.



SEJARAH PERUBAHAN

Dahulu, saya merupakan pelajar sekolah harian perempuan. Kita bukan sekolah agama, sekolah kebangsaan je. Pada ketika itu, saya mula berminat memakai tudung berjahit lalu saya meminta emak tolong buatkan tudung tersebut untuk saya. First time saya pakai, kawan-kawan ada yang suka tengok. Mula-mula tu saja2 je pakai.

Kemudian saya masuk pertandingan nasyid. Semasa peringkat kebangsaan saya dan sahabat2 nasyid begitu tertarik dengan sebuah pasukan nasyid dari Sekolah Agama Syarifah Rodziah.  Buat persembahan hanya dengan tudung labuh, tak perlu macam kitorang ni pakai tudung berbelit2, ni tak masuk dengan make-up lagi. Huhu. Start dari tu, kitorang pun ikut dorang coz cantik jugak pakai tudung labuh ni. Lepas tu, kalau kitorang gi pertandingan nasyid kitorang akan pakai tudung labuh. Tapi shiny2 tu still ada jugak la. (>,<)

PERUBAHAN TAQLID

Lepas tu saya memang nak sangat berubah, nak jadi budak baik. Huhu. Perangai saya memang gila2 dulu. Budak nakal. Kadang2 solat dalam dorm, tak nak jemaah.  Kemudian saya cari sahabat2 yang nak jugak berubah. Masa tu kami just baca buku2 agama je untuk tambah kefahaman. Kira masa tu, orang jahil nak keluar dari kegelapan la ni. (>,<) Pastu, bila kita tengok orang baik kena pakai tudung labuh kita pun nak pakai jugak. So, saya pun istiqamah pakai tudung labuh. Tapi yang kelakarnya bawah pakai selipar jamban je. Huhu. Tak pakai stoking pun. Cz masa tu, honestly saya gtau saya tak tahu pun tutup kaki tu adalah WAJIB! Alangkah jahilnya waktu itu.

PERLU ISTIQAMAH

Alhamdulillah, lepas tu saya dan 2 orang lagi sahabat yg sama2 nak berubah ni dapat tawaran KISAS after PMR. Tapi yang sorang lagi, kena tinggal kat sekolah tu. Kesian dia. (T_T)
Di KISAS barulah kami diberi ilmu dengan lebih detail. Dan masa tu barulah saya tahu, bila kita nak beramal kita perlu ilmu untuk dijadikan hujah. Contohnya, kenapa pakai tudung labuh? Bila ditanya, kita ada dalil kenapa kita buat begini. Di KISAS, di ajar bagaimana ikhtilat bersama muslimin. Di ajar untuk menundukkan  pandangan. Di ajar macam2. Berjumpa dengan sahabat2 yang sangat hebat! Alhamdulillah, KISAS memang tempat yang sangat istimewa. Rinduuuu!!! Penting sebenarnya kita beramal dengan dalil...

DORONGAN BUAT YANG INGIN BERUBAH

Bagi sahabat2 yang ingin berubah, jangan takut memulakan langkah. Saya dulu pun bermula dari zero. Dan boleh jadi kalian lebih baik daripada saya. Kalian sangat bertuah kerana kalian diberi kesedaran untuk berubah. Perasaan kalian pada tika ini memang sangat fresh! Bila fresh, kita akan usaha sungguh2 untuk terus dalami ilmu Allah. Saya cemburu dengan kalian, kerana disebabkan saya telah lama berubah saya takut saya tidak ada semangat berkobar2 seperti kalian. Saya mendoakan agar sahabat2 akan terus istiqamah. Seandainya diri kalian mula kembali kepada kegelapan, carilah sahabat2 yang dapat kuatkan kalian agar terus istiqamah. Pesanan untuk diri sendiri juga, bila kita cat kereta cantik2 jangan dilupa untuk tukar enjin sekali. Jangan luar nampak baru, tapi bila pandu tersangkut2  pulak perjalanan. Orang kata tak smooth la. Faham? (^^,)

SALAM TERUS ISTIQAMAH! BARAKALLAHUFIIKUM! (^^,) 


2 comments:

  1. wah, terbayek la...berubah memerlukan pengorbanan di mana kita perlu keluar dari kebiasaan kita...malah, boleh jadi bila kita berubah, byk tentangan & perlian yg menghujani kita...once dah berubah, bukan mudah nak istiqamah, sbb byk ujian melanda...selalunya kita keseorangan, tp kita lupa kita ada ALLAH...apapun, jgn sesekali jemu utk bertaubat & mendalami serta mengamalkan ilmu agama...ingat, dunia ni ibarat penjara bagi orang mukmin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Sgt betul! Nak2 kalu kte ni jenis ckp byk, tbe2 jd senyap org mmg akn perli.. Jgn peduli sgt, yg pntg siapa kte d mata Allah.. Salam terus juang, Iman.. (^^,)

      Delete