Friday, 13 April 2012

Wanita VS Jerawat!!!

Lama dah rasanya membiarkan blog ini kesepian tanpa khabar dan berita. Almaklumlah, YB. Busy sokmo! (^^,) Alhamdulillah, mid-sem break dah nak berakhir. Bersyukur juga kerana sepanjang mid-sem break ni kiranya takde la mensia-siakan cuti dengan melakukan perkara yang tak berfaedah. Semuanya di dalam perancangan Allah yang sangat cantik...


Baiklah! Hari ni, ambe nak bicara mengenai wanita VS jerawat. Huhu! (>,<) Jerawat merupakan musuh utama bagi wanita. Ambe tak tau la kalu orang lain rasa biasa je, tapi kalu ambe sendiri tak tau la kenapa... Kalu ada  jerawat muncul, memang orang kata self-esteem jatuh merundum la (>,<) Huhu... Teruk betul!


SUATU KETIKA DULU

Teringat ambe sewaktu belajar di matrikulasi dulu. Ambe punye jerawat datang ikut musim. Jarang ada, tapi bila sekali dah ada memang tak boleh nak sorok la. Terang-benderang. Sehinggakan sewaktu di matriks dulu, my roomate panggil jerawat ambe ni spotlight. Sedih ambe. Huhu! (T_T) Nak dijadikan cerita, satu hari tu jerawat tu tumbuh betul-betul atas batang hidung ni. Huhu! Masa tu rasa tak nak pergi kelas pun ada. Pada ketika jerawat tu dah membesar, kelihatanlah hidung ini seperti hidung badak.  Malu sangat masa tu. Pastu, nak dijadikan cerita ambe kena uruskan program kat matriks & adalah berjumpa dengan HEP. Selepas berbincang dengan En. HEP, tiba-tiba beliau tegur.


“Kenapa nak tutup-tutup , Aisyah? Jerawat tu pun makhluk Allah juga. Bukan kita minta pun dia tumbuh...”
Krik! Krik! Krik! Krik! (Bunyi cengkerik) Malunye ambe (>,<) Rasa nak guling-guling je kat situ... Huhu!


MESEJ DI SEBALIK JERAWAT

Ok! Back to the topic! Actually, kehadiran jerawat ni  ada mesejnya yang t’sendiri untuk membuat kita muhasabah diri kita balik. Memang lumrah untuk kita nampak cantik di hadapan sesiapa pun especially wanita. Itu fitrah untuk manusia normal seperti kita ni.

Dimana ada cermin, di situ adanya wanita. Huhu! Ini pun lumrah. Apabila kita pandang  je diri kita jauh ke dalam cermin, kita akan cari mana cacat cela yang kelihatan di wajah kita. Seboleh-bolehnya kita akan dandan yang terbaik di hadapan cermin tu. Kadang-kadang sampai cermin tu macam nak pecah dah asyik muka dia je yang pandang cermin tu. Huhu!

Namun, teman-teman yang dikasihi sekalian pernah tak sekali dalam hidup ini kita bayangkan kalau kita pandang ke dalam cermin tu kita nampak dalaman kita? Nescaya kita akan rasa malu yang teramat sangat! Kerana dalaman kita buruk, tak cantik! Kalaulah orang lain boleh nampak dalaman kita, gerenti kita akan tutup seluruh tubuh kita ni untuk keluar rumah kerana kita takut orang akan gelak tengok dalaman kita yang tak cantik. Kita akan rasa rendah diri & sekali gus kita akan usaha untuk tingkatkan kecantikan dalaman kita... Tetapi apakan daya, disebabkan kita hanya nampak kecantikan luaran,kadang-kadang kita lupa akan dalaman kita. Adakah hanya luaran je yang nampak cantik? Atau adakah hanya luaran buruk tapi dalaman cantik? Atau dua-dua cantik? Subhanallah, jom kita cantikkan dua-dua sekali ye teman-teman.  

So, lepas ni kalau tengok cermin tu biar kita nampak external & internal appearance ye! Supaya kita boleh nampak cantik dalaman dan luaran. Jangan lupa baca doa masa tengok cermin!
Maksud doa: “Ya Allah, cantikkanlah akhlakku sebagaimana Engkau cantikkan kejadianku...”

Sedikit renungan dari kalam Allah >>>
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang bertakwa...”
Sabda Rasulullah SAW >>>
“Bahawasanya Allah tidak akan memandang rupa & hartamu melainkan hati & amalan kamu...”

No comments:

Post a Comment