Saturday, 10 March 2012

Jalan Juangku

"Dalam perjuangan, kekadang teman x sehaluan, cemerlang gagal dicapai, hidup tidak keruan... Namun inilah asam garam perjuangan. Perlu thabat kerna jalan juang ini bukanlah jalan yang dijanjikan dengan kesenangan, ditabur dengan bunga-bungaan, disambut mesra oleh semua pihak... Namun jalan ini dipenuhi dengan duri-duri mehnah dan tribulasi, x kuat akan menyendiri menyepi... Barangkali merupakan tapisan Allah untuk melahirkan daie sejati... Semoga aku terus kuat berdiri di sini bersama mereka yang merindukan syurga-Mu Ya Rahman..."


Dahulu aku mencari-cari, dimanakah perjuanganku? Aku sedih tidak ketemu jua perjuangan itu... Namun kini, perjuangan itu berada di depan mataku... Tinggal aku perlu laksanakan dengan sebaiknya... Aku cuba sedaya upaya mengerahkan tenaga, berkorban masa sehingga tiada masa untuk diri. Namun, masih ada yang tidak mengerti tentang diri ini. Aku bukan ingin mengelak dari melaksanakan tanggungjawabku. Aku sudah cuba yang terbaik. Mengertilah, aku sudah cuba yang terbaik. Aku hanya meminta untuk difahami. Adakah aku yang tidak memahami kamu sehingga sukar untuk kamu fahami aku?

Fahamilah duhai sahabatku, aku bukan seperti kalian. Dunia kita berbeza. Aku tidak banyak masa untuk menghabiskan masa berulang-alik ke sana ke mari untuk berurusan seperti ini. Kita masih boleh berurusan walau berada di jarak yang jauh. Teknologi semakin canggih. Pergunakan sebaiknya. Hal yang kecil, jangan dirumitkan. Jangan seringkali kita mencari alasan & mencari siapa yang salah. Kita perlu cari penyelesaian segera. Mungkin aku dilabel sebagai selfish. Aku tidak tahu. Aku juga tidak suka seandainya tugas kita tidak diselesaikan, namun tolonglah mengerti. Kita pejuang agama Allah, perlu bijak mengurus masa. Bukan bererti kita mengabaikan perasaan teman yang lain, bukan bererti kita perlu mengetepikan pelajaran, bukan bererti kita perlu mengabaikan hal keduniaan. Allahu Rabbi. Berilah hamba-Mu kekuatan. Agar terus berada di jalan ini. Hanya kepada-Mu tempat ku mengadu, bergantung harap. Ampunkanlah aku jika aku yg berburuk sangka & ampunilah dia sahabatku ini kerna mungkin dia belum tahu tentang diri ini.

Ku titipkan pesanan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna buat yang bergelar mujahid jalan dakwah ini :

"Hai Ikhwanul Muslimin terutama yg gopoh dari kamu. Dengarkanlah daripadaku satu kalimah yg tinggi yg b’kumandang dari atas mimbar ini di dalam muktamar umum ini. Sesungguhnya jalan kamu ini adalah yg telah digariskan langkah-langkahnya, ditentukan batas-batasnya & aku tidak mahu melanggar batas-batas itu. Aku telah yakin dengannya. Keyakinan yg sebenar-benarnya, bahawa itulah jalan yg paling selamat utk mencapai tujuannya.
Ya... Boleh jadi ia satu jalan yg panjang, tetapi di sana tidak ada jalan lain selain itu. Sifat kelelakian tidak akan lahir kecuali dengan keberanian, ketekunan, kesungguhan dan amal usaha yg serius dan b’terusan. Barangsiapa dari kalangan kamu yg hendak cepatdan gopoh memetik buah sebelum masak atau hendak memetik hasil sebelum masanya, maka aku tidak bersama dengannya sama sekali dan lebih baik baginya meninggalkan dakwah ini dan carilah dakwah yg lain. Barangsiapa yg bersabar bersama aku sehingga berkembang dan membesar benih itu lalu tumbuh pokonya, baik buahnya sehingga tiba waktunya untuk dipetik dan diambil, maka ganjarannyaterserahlaj kepada Allah semata-mata. Kita dan dia tidak boleh lari dari dua kebaikan ini. Sama ada kita menang dan berkuasa atau mati syahid dan berbahagia."

Semoga dia akan mengerti luahan hatiku ini... Allahua'lam... 

2 comments:

  1. sahabatku,doaku sentiasa bersamamu...ALLAH akn bantu kita kalau kta bantu agamanya...;)

    ReplyDelete