Wednesday, 25 January 2012

Fattabiouni ~ Kanan Didahulukan...

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, dgn limpah kurnia yg Allah berikan, dpt juga ku menghirup udara segar pd hari ni... Selawat & salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W krn dgn perjuangan baginda dptlah kita merasai nikmat Iman & Islam pd hari ni... Subhanallah... Terima kasih Ya Rasulullah... 



Allah, waktu cuti ni mmg sgt2 mencabar sbb xde ap pn yg nk dibuat... Jd, tendency tuk melakukan maksiat tu mmg ada... Malah t'bentang luas... Apa itu maksiat? Apa2 je perbuatan yg lalai dr m'ingati-Nya... selalu bila kita ckp psl maksiat mesti org akan igt keluar berdua-duaan, dating & lain2 yg mana jelas pd kita... Sedangkan maksiat itu sgtlah luas skopnya... Cth yg plg mudah, mengadap FB 24 jam, duk cte b'gosip psl artis dll, melayan cte2 korea, jepun dll sampai melewat2kan waktu solat... Jauhkanlah aku Ya Allah... Huhu, kdg2 terlayan jugak... Layan ckit2 xpe, janji solat jaga eh... Cmne jg solat?? Solatlah pd awal waktu & ada tamakninah ye... (^^,)

Kata Rasulullah: "Solatlah kamu sebagaimana solatku..." Allah... Utk m'dapatkan solat seperti Rasulullah tu mmg jauh skali... Namun, x mustahil utk kita m'jaga rukun2 solat yg akan menentukan sahnya solat kita. Betul x? Yup! Exactly! Contohnya?? Tamakninah... Tamakninah adalah salah satu daripada rukun solat... Jadi, jika tiada tamakninah maka x sah solatnya... Jgn main2! MasyaAllah....


Apabila bicara mengenai Rasulullah S.A.W, ingin sekali ku mengajak kenalan2 di luar sana marilah kita sama2 jadikan sunnah Rasulullah sbg amalan kita. 

Allah ada berfirman : Katakanlah Muhammad, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah Mencintaimu & Mengampuni dosa2 mu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Ali 'Imran: 31)

Subhanallah, sebegitu mudah Allah memayungi kita dengan Kasih Sayang & Keampunan-Nya... Baiklah, kali ni inginku b'kongsi ilmu dgn kalian mengenai salah satu sunnah Rasulullah iaitu MEMULAKAN SESUATU PERBUATAN DENGAN YANG KANAN...

Ada suatu riwayat menceritakan pada suatu ketika Rasulullah S.A.W duduk bersama para sahabat Baginda. Pada ketika itu, di sebelah kanan Baginda adalah Ibnu 'Abbas R.A manakala di sebelah kiri Baginda adalah Saidina Abu Bakar & Saidina 'Umar R.A. Ketika Rasulullah ingin menjamu air, Rasulullah meminta izin kepada S. Abu Bakar & S. 'Umar R.A utk menjamu Ibnu 'Abbas R.A terlebih dahulu krn Ibnu 'Abbas duduk di sebelah kanan Baginda. S.Abu Bakar & S. 'Umar lalu m'jawab : Kami x akan membantah apa2 yg kamu lakukan Wahai Rasulullah. MasyaAllah, sehingga begitu sekali Rasulullah memuliakan yg kanan. Ini bermakna memuliakan yg kanan itu lebih aula sekalipun yg berada di sebelah kiri itu Sahabat, Ulama' dll. 



Diceritakan lagi, apabila Rasulullah ingin menggunting rambut Baginda, Baginda akan mengajar tukang gunting itu supaya dahulukan yg kanan. Allahu Rabbi... Jd, apabila kita pergi ke mana2 kedai gunting rambut marilah sama2 kita mengajar kepada tukang gunting rambut di kedai2 itu tentang sunnah Rasulullah ini. Marilah kita sama2 menghidupkan sunnah Rasulullah ini yg mungkin asing pd masa kini agar ianya x m'jadi asing lagi. Ini adalah tugas kita mujahid mujahidah Allah... (^^,) 
"Sampaikanlah drpd ku walau sepotong ayat..." ~ Rasulullah S.A.W
Begitu juga dgn etika dlm makan. Jika diikut etika & adab makan yg dipelajari kita perlu memegang sudu dengan tangan kanan kiri manakala garfu @ pisau dengan tangan kanan. Maksudnya, makanan akan disuap ke dalam mulut dengan tangan? Kiri... Pandai... Hmmm... Di sini ingin ku bertanya, adakah lebih mulia orang yg mengikut etika ataupun orang yg mengikut sunnah? Pandai... Semestinya orang yg mengikut sunnah... Semoga kita tergolong dalam kalangan yg m'agungkan sunnah Baginda. 


Betapa teruknya martabat org yg makan & minum dengan tangan kiri ni sehingga Baginda ada bersabda:

Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764)

So, jom kita sama-sama mengamalkan sunnah Baginda ini. x susah pun.. InshaAllah, jika kita selalu amalkan ianya akan menjadi sebahagian dari kita... (^^,) Jom Amalkan!!!

3 comments:

  1. Rujukan pengisian ~ Fattabiouni...

    ReplyDelete
  2. huhu..tv rosak..asyik xde suare je..x berape best nk tgk..

    ReplyDelete