Sunday, 27 November 2011

Hijrah Itu...

Dah lama rasanya mengabaikan blog ni... Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru.. Di kesempatan ini, saya nk ucapkan salam ma'al hijrah kpd semua kenalan saya... Berbicara mengenai hijrah, ramai org akn memasang azam baru sempena tahun baru ini. Namun adakah perubahan itu sekadar dengan azam? Adakah azam baru itu hanya pada waktu tahun baru je? Tidak ye kawan-kawan...
Saya suka untuk berkongsi satu lagu ni, tajuknya HIJRAH by UNIC... Meh tengok lirik dia~

Sering daku terkenang 
Hijrah gemilang
Berubah dunia 
Gelap menjadi terang
Berguguran air mata
Tidak ku rasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa
Biar nafas menjadi lelah
Ku pasti hijrah kerana Allah
Biar kaki ku terasa lemah
Menyusuri kekasih-Mu Ya Allah
Pengorbanan abadi
Menerangi bumi
Hijrah bagai hujan
Menyuburi hati
Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan

Hijrah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Hijrah adalah suatu pengorbanan yg sangat besar dalam diri setiap individu. Sebab itulah apabila seseorang telah berhijrah ke jalan Allah, sgt besar ganjaran kepadanya dr Allah SWT... Bukan mudah untuk seseorang yang telah biasa pergi berseronok ke kelab malam utk   meninggalkan keseronokan itu... Bukan mudah juga org yg kebiasaannya berpakaian seksi tiba-tiba nk tutup aurat... Bukan mudah juga utk seseorang yg kebiasaannya suka marah-marah dan maki hamun org tiba-tiba nk jd seorang yg sopan-santun, baik bicaranya... Kalau semua perubahan itu tidak dipasakkan betul-betul kepada Allah, maka akn jadilah 'hangat-hangat tahi ayam'...

TAQARRUB ILALLAH SWT

Dimanakah jalan yg benar???

Bagaimana kita nk kumpul kekuatan utk berhijrah supaya kekal istiqamah? Jagalah hubungan baik dengan Allah dan sesama makhluk. Jika kita betul-betul tekad utk berubah, pasti Allah akn permudahkan. Perlu kita tahu utk apa sebenarnya kita berubah? Adakah semata-mata kerana kita ingin dipandang mulia oleh org sekeliling kita? Ataupun kerana Allah? Niat perlu diperbetulkan kerana setiap amalan adalah dengan niat... Jika niat kita tulus & suci, inshaAllah walaupun besar halangan yg dtg kita tetap dgn tekad kita. Bukan semua org akan rasa gembira dgn perubahan kita, so jgnlah kita cpt b'putus asa. Permulaan hijrah itu mmg sukar, namun kalau kita tunjukkan akhlak-akhlak yg indah insyaAllah lama-lama org akn menerima kita dgn mudah.

Begitu juga kepada mereka yg ingin mengubah kelakuan kepada yg positif. Banyak-banyak perkara, perkara yg plg sukar utk diubah adalah sikap. Bagaimana kita nk ubah sikap menjadi positif? Perlu adanya target! Kita perlu target utk jadi seorg yg bagaimana? Contohnya, "Aku nk jadi sorg yg rajin dan pendiam!".. So, setiap malam before tidur, niatkan Ya Allah aku nk jadi seorang yg lbh baik pada hari esok. Aku nak jadi seorg yg rajin dan pendiam. Maka permudahkanlah... InshaAllah kalau setiap malam kita buat mcm tu, kita akn membentuk diri jadi seperti apa yg kita inginkan. Selain itu, sikap ini juga boleh ditundukkan dgn berpuasa. Tahu x, bila kita berpuasa kita akan mengecilkan saluran perjalanan darah kita, jd dgn itu kita juga akn mengecilkan laluan-laluan syaitan utk masuk ke hati kita dan menghasut kita. Nafsu pn dapat ditundukkan. So, inshaAllah sikap kita juga akn mudah dibentuk. So, bykkan la berpuasa sunat.

Selain itu, tahajjud juga merupakan satu ibadah yg sgt dituntut. Tidak ramai org yg dapat bangun bertahajjud kpd Allah di waktu malam yg  dingin dimana kebiasaannya manusia lena dibuai mimpi. Sebenarnya, dgn bertahajjud kpd Allahlah kekuatan diri dpt dibina. Jiwa akan menjadi lebih kental apabila ujian menimpa. Dan sesungguhnya, tahajjudlah rahsia kemenangan umat-umat zaman lampau. Seandainya kita tahu betapa hebatnya rahsia disebalik bertahajjud, pasti kita akn mewajibkan diri kita utk bertahajjud. Namun, x semua org sedar. Mugkin kita tahu, namun kita x sedar. MasyaAllah... 

Akhir sekali, mari kita sama-sama berhijrah. Smga Allah akn permudahkan segala urusan kita dan inshaAllah hijrah ini akan menjadi suatu yg manis pd suatu saat kelak. Carilah Allah dimana saja kita berada, inshaAllah Dia akn selalu ada untuk kita...

Pesan Saidina Umar r.a: " Tinggalkan ucapan berlebihan, dapat hadiah berupa hikmah... Tinggalkan penglihatan berlebihan dapat hadiah khusyuk dlm hati... Tinggalkan makan berlebihan dpt kenikmatan beribadah... Tinggalkan ketawa berlebihan dapat perasaan takutkan Allah... Tinggalkan jenaka dapat hadiah berupa keindahan... Tinggalkan suka dunia berlebihan dpt cinta akhirat... Tinggalkan memperhatikan aib org laon dapat kemaslahatan dalam meneliti aib sendiri..." ~Salam Ma'al Hijrah 1433~

1 comment: