Tuesday, 25 October 2011

Tidak Mudah Untuk Menjadi Daie

Untuk menjadi da’ie bukanlah sesuatu yg mudah... Kadangkala kita diterima secara hebat, kadangkala kita ditolak, dikritik secara hebat. Untuk menyampaikan suatu kebenaran adalah perkara yg paling pahit seorang da’ie akan lalui. Semua org mampu mempelajari ilmu agama, namun tidak semua org mampu menyampaikan ilmu itu di khalayak ramai... Ramai org mampu melihat kesalahan & kemungkaran berlaku secara berleluasa namun tidak ramai yg mampu memberikan teguran terhadap kesalahan & kemungkaran yg berlaku di hadapan kita... & berapa ramai pula org yg mampu kekal berdiri sebagai mujahid iaitu yg memperjuangkan kebenaran sehingga ke akhirnya jika dibandingkan dgn org yg berhenti di pertengahan? MasyaAllah...


Secara jujurnya, saya berasa agak sedih apabila memikirkan hal ni & saya sgt2 takut seandainya saya termasuk dalam golongan ni. Bicara itu memang perkara yg paling mudah namun apabila kita terpaksa menghadapinya maka kita akn tahu di tahap manakah diri kita.

Mudah ke untuk kita tampil ke hadapan utk membetulkan kesalahan org lain? Mungkin nampak mudah... Namun x semua org mampu utk jalankan tanggungjawab ni...

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a: Aku mendengar Rasulullah S.W.T bersabda: “Sesiapa yg melihat kemungkaran maka ubahlah dgn tangannya, jika x mampu ubahlah dgn lisannya, jika x mampu maka (tolaklah) dengan hatinya & demikian adalah selemah-lemah iman...”

Nampak x? Selemah-lemah iman adalah dgn hati... Di sini sy nk m’ajak sahabat-sahabat berfikir, sampai bila kita nak berada di tahap yg sama? Sampai bila? Adakah sudah cukup sumbangan kita utk Islam hanya dgn membenci di dalam hati? Ya, memang kita perlu lihat pada kemampuan diri kita... Tp, sahabat-sahabat sy ingin kita aplikasikan perkara ini dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.  Adakah kita merasa selesa dgn membiarkan kawan-kawan kita yg lalai terus dalam kelalaian? Janganlah sesekali kita merasa begitu... Di sini sy ingin membawa satu kisah dimana ada seorang pemuda yg soleh, baik amalnya namun sayang pd akhirnya dia x dpt masuk ke syurga... Kerana apa? Kerana dia membiarkan org yg berdekatan dengannya dalam kelalaian. Dia langsung membiarkan mereka dalam kesesatan & tidak ada inisiatif langsung utk mengubahnya... Na’uzubillahu min zaliik... Jika kita selalu merasa diri kita tidak layak utk memberi nasihat kpd org lain, maka sampai kiamat pun x akan ada org yg nk ke hadapan kerana manusia itu memang x pernah akan sempurna. Mungkin ada yg menganggap diri mereka masih cetek ilmunya. Tidak mengapa, kerana kita dalam hidup ni memang akn sentiasa belajar sampailah kita masuk ke liang lahad nanti. Kadang-kadang itu hanyalah mainan perasaan dari syaitan yg x mahu iman manusia itu bertambah. Memberi nasihat itu adalah salah satu tuntutan muslim yg wajib kita laksanakan. Beranikanlah diri kita! Seandainya kita niatkan apa yg kita buat ni kerana Allah, insyaAllah akan dipermudahkan...

Giving up!!!
Namun apabila kita sudah mengorak langkah untuk laksanakan amar makruf & nahi mungkar ke tahap yg lebih tinggi ni, jangan pula kita cepat berputus asa. Fokus utama saya pada kali ini adalah sejauh mana kita mampu melangkah demi memperjuangkan agama Allah ni. Mengapa saya ketengahkan perkara ini? Sebab saya rasa ramai sahabat-sahabat di luar sana yg mujahadahnya separuh jalan. Apabila ditimpa dengan kepayahan dalam berjuang, mulalah berundur. Di manakah semangat perjuangan itu pergi? Di sini kita akan dapat lihat sejauh mana keimanan kita. Adakah mujahadah kita sebelum ini betul-betul untuk mencapai redha Allah atau sebaliknya? Mari bersama kita renung kembali firman Allah yg bermaksud:
“...Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” & mereka x diuji? Dan sungguh kami telah menguji org2 sebelum mereka, maka Allah pasti Mengetahui org2 yg benar & pasti Mengetahui org2 yg dusta...” [Al-‘Ankabut:2-3]

Subhanallah... Sahabat-sahabat, Allah hanya nak uji kita samada kita benar2 tulus atau tidak utk sampaikan yg haq. Jika benar kita berjuang demi agama Allah, pasti kita tidak akan goyah sekali pun kita terpaksa hadapi berbagai-bagai dugaan, celaan, kritikan dan seangkatan dengannya. Ini tidak... Sekali kita tegur org buat salah, dapat je kritikan terus kata x nak tegur lagi... Na’uzubillah... Lemahnya kita. Malunya kita di hadapan Allah. Menggelar diri sebagai mujahid, tapi bila dikritik sikit je dah patah semangat. Cubalah terima dengan hati terbuka. Jgn terlalu pesimis. Apabila ada org kritik, sebenarnya mereka hanya nak kita berubah ke arah yg lebih baik bukan nak suruh kita berhenti dari berjuang di jalan dakwah ni! Kita kena terima pendapat org lain. Kalau kita x setuju dia kritik kita, kita cakap je la. Tak pun kita boleh je tanya personally apa yg tak betul dengan cara kita. Tak susah pun. Hanya diri kita yg nak ataupun x... Justeru, saya sangat merayu kepada sahabat-sahabat di luar sana teguhkan pendirian dalam berjuang! Apabila kita nak bawa kebenaran, memang akan ada bermacam-macam ujian. Allah bagi ujian tu, hanya nak singkirkan org2 yg sambil lewa je kerana mereka x layak digelar sebagai mujahid Allah. Allah hanya nak pilih org2 yg ikhlas je layak utk jadi mujahid-Nya. MasyaAllah, semoga kita tergolong dalam golongan org2 yg ikhlas. Amiinnn...

Lastly, sebagai da’ie juga janganlah kita lupa utk mendoakan mad’u kita. Doakanlah supaya hati mereka dilembutkan & Allah beri petunjuk kepada mereka. Ramai da’ie di luar sana yg lupa akan perkara ini. Ramai yg beranggapan apabila mereka dah memberi nasihat & teguran maka mereka dah terlepas dari tanggungjawab ini. Walhal, ada lagi perkara yg masih berbaki.

~~Renungan bersama~~
  • “Apabila kita sering diuji dgn apa yg kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yg kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia!”
  • “Setapak ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan, kemanisannya terasa bila takbir dilaungkan, roh jihad mula bertebaran, mendakap ukhwah dari kejauhan, jannah bertapak di hati insan, hidup dan mati dalam iringan iman... Hebatnya sebuah keakraban, andai dibasahi embun perjuangan...”

Sekadar itu sahaja perkongsian saya pada kali ni. Semoga kita sama-sama mendapat darjat yg tinggi di sisi Allah. Segala yg baik itu datang dari Allah & yg buruk itu juga datang  dari Allah namun disandarkan pada diri saya yg lemah ini. Maaf seandainya nukilan saya ini mengguris hati mana-mana pihak. Sebarang teguran & kritikan dialu-alukan. 

No comments:

Post a Comment