Saturday, 29 October 2011

Semalu Vs Wanita

Apa itu pohon semalu? Pohon semalu juga dikenali sebagai Mimosa Pudica... Apabila bercerita mengenai pohon semalu ini teringat saya pada kisah Rasulullah SAW bersama anaknya Saidatina Fatimah r.a...

Pada suatu hari, Rasulullah SAW berjalan bersama Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka di bawah sebatang tamar, Saidatina Fatimah r.a terpijak pohon semalu, lalu kakinya berdarah dan Fatimah mengaduh kesakitan...
 Saidatina Fatimah berkata kepada bapanya Rasulullah SAW, apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yg sedikit marah. Rasulullah dgn tenang b'kata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah t'kejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek:

  1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
  2. Semalu mempunyai duri yg tajam utk mempertahankan diri.
  3. Semalu mempunyai akar tunjang yg sgt kuat & mencengkam buni.
  4. Semalu akan menguncup dgn sendirinya apabila senja menjelang.
Subhanallah... Apa yg kalian faham drpd kisah ini? Benarkah pohon ini sinonim dgn wanita? Jawapannya ya! Ciri-cirinya boleh dikiaskan pd wanita yg mempunyai jiwa nurani yg lembut. Penciptaan wanita begitu unik. Diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki: dibentuk secara keras akan menyebabkannya patah jika dibiarkan tanpa nasihat pasti 'parah'. Maka berhikmahlah dalam menasihati wanita. 

Wanita dikurniakan sifat malu yg sgt tinggi. Namun perlulah pada tempatnya. Lihat saja pohon semalu, apabila disentuh terus menguncup. Bukanlah saya ingin katakan apabila anda sudah disentuh, baru perlu rasa malu. Tidak begitu. Namun, seorang wanita yg pemalu dia akan memelihara maruah dirinya sebaik mungkin & mindanya tidak mudah dijajah dengan pemikiran yg tidak-tidak. Kerana apa? Kerana dia tahu bahawa dirinya sedang diperhati oleh Allah SWT. Hebatnya seandainya kita mampu meletakkan Allah setiap detik bersama kita. Pasti kita akan segan kerana Kekasih kita sedang melihat. Terbalik pula dengan remaja kita sekarang. Apabila disuruh mengaji Al-Quran, "eh, eh... Malulah! Nanti org dengar baca tersangkut-sangkut... hehehe..." Amboi, gediknya! Tapi, bila disuruh nyanyi di khalayak ramai, "wahhh... Boleh2! Mesti org puji suara i..." Padahal xde la sedap mana! Jikalau kita lihat juga pemakaian remaja kita, percakapan mereka semuanya menyedihkan... Minda mereka telah dijajah hebat oleh puak2 Yahudi namun mereka x sedar. Knp jd begitu? Allah x ada dlm hati mereka maka hilanglah rasa malu dari dalam diri mereka... Apabila x ada rasa malu, maka dengan sesuka hatilah mereka bertindak... Amatlah bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshary Al Badry radhiallahuanhu dia berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya ungkapan yang telah dikenal orang-orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah :  Jika engkau tidak malu perbuatlah apa yang engkau suka"
(Riwayat Bukhari)
Malunya!!!!

Na'uzubillahu min zaalik... Semoga kita terpelihara...

Setiap benda yg indah, perlu ada pelindungnya seperti mawar. Apabila dipandang cantik sekali. Baunya dapat dihidu apabila berdekatan dengannya. Apabila dekat ada pula durinya untuk mempertahankan dirinya. Indah dipandang tapi bukan disentuh! Begitulah sepatutnya wanita diibaratkan. Namun, amatlah sukar utk menemui wanita yg seperti ini. Ramai wanita yg apabila dikurniakan kecantikan malah berbangga & merasakan kecantikan itu perlu ditonjolkan kepada khalayak ramai. Para suami pula suka apabila isterinya dipandang oleh mata-mata yg buas. Astaghfirullah... Dimanakah maruah wanita zaman ini? Kalaulah mereka tahu menghargai nikmat Allah itu, pasti mereka akan gunakan pada tempatnya. Aduhai wanita yg cantik, simpanlah perhiasan itu utk suamimu. Jika semua sudah ditunjuk kpd umum, lalu apakah lagi yg tinggal utk pasangan kalian? Sudah x ada yg istimewa... Hanya sisa-sisa je org kata... 

Hebatnya semalu kerana mempunyai akar tunjang yg mencengkam bumi. Hanya org2 yg hebat je boleh mencabutnya. Hmmm... Begitulah martabat seorang wanita yg menjaga maruahnya. Hanya org2 yg hebat je boleh mendekati mereka utk dijadikan pendamping hidup. Bukan bekas-bekas org lain. Wanita yg menjaga maruahnya amatlah berharga di sisi Allah. Walaupun kadang-kadang dalam diri tu tertanya-tanya bilalah diri ini nak berpunya? Namun, janganlah kerana tidak sabar, anda merendahkan martabat anda yg selama ini berada di tempat yg tinggi. Jika kita yakin dgn janji Allah, maka Allah akan kurniakan yg terbaik buat kita. Namun, bukanlah kita hanya menanti tanpa usaha. Jika ada seseorang yg kalian idamkan kerana kesolehannya, maka janganlah kalian malu-malu utk mengorak langkah. Selagi syariat Allah dipegang, insyaAllah semuanya akan mendapat reda Allah... (^^,)

Ibu bapa kita selalu berpesan, "jangan keluar waktu malam!" ataupun "jangan balik lewat malam, ye..."
Kenapa? Kerana waktu malam adalah waktu berbahaya bagi seorang wanita. Mungkin kita rasa berbangga apabila ada mata-mata yg memandang (syok sendiri), tapi sedarlah wahai wanita bahawa pandangan itu adalah ancaman kepada diri anda sebenarnya. Jika bukan anda tempat utk mereka melampiaskan nafsu serakah mereka, kasihan pada wanita lain kerana mereka menjadi mangsa atas sikap anda... Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.... 

Akhir sekali, suka untuk saya sertakan ayat di bawah sebagai renungan kepada kita semua...

Wanita ibarat epal. Epal yg x b’kualiti amat mudah diperoleh krn ia b’guguran di tanah. Tetapi epal yg x mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik & susah digapai. T’kadang epal itu risau, kenapa diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya & m’gugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jdkn begitu tinggi martabatnya sehingga x ada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat shj yg mampu. Mgkn bukan di dunia, tetapi di akhirat . Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi m’iringi...

Saya memohon kemaafan atas keterlanjuran nukilan saya. Apa yg ingin saya sampaikan hanyalah secebis ilmu yg mungkin tiada nilainya. Sebarang kritikan amatlah dialu-alukan agar penyampaian saya lebih bermutu. Semoga nur Allah memenuhi ruang hati kita semua. InshaAllah...

No comments:

Post a Comment