Sunday, 23 October 2011

Aku Insan Biasa

I just want to be myself!!!
Tak tau la knp tiba2 je rasa nk tulis pasal ni.. Mungkin sekadar luahan dr insan biasa.. Pada pndgn sy setiap org pasti akan ada kelemahannya.. Kita x boleh sesekali menganggap org yg kita kenal tu adalah manusia yg sempurna sebab dia pun manusia biasa seperti kita..


Saya hanya nk nyatakan yg sy suka kalau ada org tegur sy kalau sy buat silap.. Sy akan terima je  sbb sy tau sy ni pun insan biasa... Tapi apa yg membuatkan sy sedikit kesal apabila ada org kata begini... "Aisyah dh berubah sekarang.. Dah x mcm yg sy kenal dulu.." Bicara soal kenal.. Sy agak tertanya-tanya, macamana kenal yg awk mksdkn tu? Adakah sebab kita sekelas selama setahun lebih, awk dah boleh cakap yg awk kenal sy? Sy bukan x nk terima... Tapi bg sy awk x layak nk kata yg awk knl sy sdgkn dalam seminggu hny beberapa kali je kita bercakap atau x pernah pun.. Awk x pernah tau pun macamana cara sy handle masalah sy.. Macamana rupa sy bila sy marah, macamana rupa sy bila sy kecil hati... Awk x pernah tau.. 

Janganlah disebabkan penampilan sy, awk menganggap sy manusia yg sempurna... Saya x boleh ada rasa marah, sy x boleh simpan dendam, sy x boleh luahkan apa yg sy rasa... Ya, sy tau sebagai seorang muslim kita kena bersabar jgn cepat marah... Sy tau semua tu... Tp x boleh ke awk tegur secara baik... Ni tidak, awk nyatakan di khalayak ramai supaya semua org tau yg sy dah berubah... X boleh ke awk tegur sy secara berdepan? Mengapa perlu guna cara yg kurg sesuai tu? 

Jadi, nasihat sy kepada sahabat-sahabat sy di luar sana... Kalau awk nk nasihat org silakan... Tp, gunakanlah uslub yg betul... Sy b'bicara bukan sy rasa sy betul sgt... Tidak... Tak t'lintas pun di lubuk hati sy tuk merasa yg pendapat sy ni benar belaka... Tapi sbg insan biasa, sy rasa kita x layak tuk judge org... Ingat, kita bukan penghukum tapi kita hanya insan yg diberi amanah tuk sama-sama membawa manusia ke jalan yg benar... Memberi nasihat itu hak seorg muslim terhadap saudara muslimnya namun utk menghukum itu, kita x diberi hak pun utk itu... Kesimpulannya, kalau kita nk tegur kawan kita tegurlah dia kerana dia saudara seagama kita bukan kerana kita rasa dia dah berubah... Sebab kita x benar-benar mengenali dia... 

~~~Sebagai renungan bersama~~~ 
Apabila engkau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan 1 kelemahan engkau akan menjauhinya...Andai engkau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukan engkau akan membencinya....Andai engkau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu engkau mungkin akan memfitnahnya...Andai engkau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak ceria mungkin engkau akan menyalahkannya...Andai engkau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia adalah manusia biasa... Bersahabatlah ikhlas kerana Allah...

No comments:

Post a Comment